Monday, 20 July 2015

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU




     Pengurusan Tanaman Bersepadu (Intergrated Crop Managemant - ICM) merupakan satu terminologi yang merangkumi aktiviti pertanian di ladang seperti kerja-kerja penyediaan tanah, penanaman, pengurusan sumber air, kaedah menanam, kebersihan kebun dan sebagainya. Ini termasuk aktiviti pengawasan dan pengawalan perosak dan penyakit yang ujud didalam kebun. Asas utama dalam ICM adalah aktiviti mengawal dan menguruskan perosak ketahap yang rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. Antara beberapa kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan satu sistem atau konsep pengawalan yang menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi secara serentak dan bersepadu dengan mengambil kira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kobinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai konsep asas Penggurusan Perosak Bersepadu sebagai asas untuk pemahaman.

IPM telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman padi melalui penggunaan varieti rentang (Resistant), melaksanakan kaedah kawalan kultura meliputi aspek agronomi dan sanitasi kawasan, kaedah kawalan biologi melalui Kaedah Burungg Pungguk Jelapang Padi (BJP - Tyto alba) untuk kawalan tikus, menjalankan pengawasan dan ramalan yang membolehkan populasi perosak dan musuh semulajadi diawasi dan seterusnya kawalan dapat dijalankan dengan lebih tepat dan berkesan dan membendung dari kejadian merebak kekawasan lain. IPM juga telah banyak dilaksanakan untuk tanaman sayur-sayuran dengan teknik menggunakan kawalan secara kultura dan fizikal seperti penggunaan pelekat warna, Lampu UV, Struktur atau Bangunan Kalis serangga, agen biolgi (Cotesia plutellae, Diaromus collaris, Diadegma semiclausum, Coenosia exigua) serta penggunaan racun biologikal telah diguna dan menunjukkan kejayaan mengawal musuh tanaman sayuran pada tahap yang rendah. Sayuran merupakan komoditi yang sangat aktif ditanam dan lazimnya memerlukan penggunaan bahan kimia yang banyak untuk mengawal mudoh dan penyakit. Pendekatan kawalan IPM dapat mengurangkan kos dan keselamatan produk sayuran yang sering bermasaalah dengan isu Residu Racun (MRL).



Penggunaan Kaedah Secara Pengurusan Amalan Tanaman Bersepadu (ICM) bergantung kepada 4 komponen penting iaitu TEKNOLOGI, PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT), DEMONSTRASI danPROMOSI. Teknologi tanaman berhubungkait dengan kekurangan teknologi kawalan yang berkesan terhadap perosak, ketidakstabilan ekosistem, kehadiran pelbagai jenis perosak dan kurang kepelbagaian hayat (Biodiversity) akibat aktiviti penanaman monokultur. Manakala dari aspek kawalan diladang ialah kurangya pemahaman dari aspek kawalan IPM dan juga kaedah kawalan yang berbeza-beza diantara ladang selain daripada kurang kesedaran dari aspek kepentingan faktor biologi dan ekologi, sistem penyampaian yang kurang berkesan , kurang keyakinan terhadap kawalan secara biologi dan keputusan kaedah kawalan dilaksanakan oleh penjual racun perosak.

Kaedah mempromosikan kawalan tanaman melalui petak demonstrasi tanaman yang mengamalkan konsep pendekatan ICM dan IPM perlu dijalankan berterusan dan ditunjukkan kepada petani-petani. Demonstrasi yang dijalankan sebaiknya diracng dan disesuaikan dengan keperluan sebenar petani dan sebaiknya dijalankan berdekatan atau dalam kawasan kebun petani. Sebarang teknologi ICM dan IPM per di promosi dan dipantau tahap perlaksanaannya. Perlaksanaan ICM dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil tanaman, mengawal serangan perosak dan penyakit untuk jangkapanjang seterusnya dapat memelihara kesihatan manusia dan alam sekitar agar masyarakat dapat hidup lebih selesa dan harmoni. Kaedah ICM perlu dikembangkan dari segi pemahaman dan perlaksanaan dalam perlaksanaan projek pertanian di Malaysia

KEPENTINGAN CANTASAN POKOK

MEMBUAT CANTASAN


Membuang Tunas Air
  • Tunas air yang dikeluarkan oleh semua pokok (jenis berdaun lebar) tidak diperlukan. Tunas air akan terus tumbuh dari celah daun (diantara batang pokok dengan tangkai daun).
  • Membuang tunas air perlu dilakukan untuk semua poko sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah termasuk tomato, rockmelon, cili, capsicum dan timun.
  • Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama (single main stem).
  • Dengan mengekalkan satu batang utama, jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan seragam.
  • Tanaman tomato jenis indeterminate di kawasan tanah rendah tropika boleh tumbuh memanjang melebihi 6 m dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun mungkin tidak ekonomik.
  • Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawal mungkin bahkan dari perimgkat pembesaran ditapak semaian lagi.

Membuang Daun Tua
  • Daun tuan perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan (terutamanya yang terlindung daripada mendapat cahaya matahari).
  • Daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.

Saturday, 4 July 2015

CANTUMAN POKOK LIMAU KASTURI

( Cantuman )

 1.  Panduan Cantuman

 2.  Kaedah tut, cantuman baji

  1.PANDUAN CANTUMAN 


Proses penyediaan bahan tanaman cara cantuman adalah seperti berikut:-Pemilihan Baka Pokok PenantiPokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime.  Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.

 Pemilihan Mata tunas
Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening.  Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih.  Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong. Kaedah CantumanKaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi. Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
Cara ini merupakan satu daripada cantuman yangTut ( Cantuman )

1.  Panduan Cantuman
 2.  Kaedah tut, cantuman baji,   

  


1.PANDUAN CANTUMAN 

  • Proses penyediaan bahan tanaman cara cantuman adalah seperti berikut:-Pemilihan Baka Pokok PenantiPokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime.  Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan. Pemilihan MatatunasMatatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening.  Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih.  Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong. Kaedah CantumanKaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi. 



Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)

Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain.  Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya.  Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti.  Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain.  Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya.  Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti.  Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.


Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai

Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau.  Ia terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari kayunya.

Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk T.  Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit.  Satu kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam.  Kepingan matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok penanti.

Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu turisan melintang di bawah turisan menegak.  Semasa menuris melintang, pisau dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.

Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)

Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti dan matatunas.   Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu turisan pertama.  Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat kira-kira 1 cm di bawah matatunas.  Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama.  Kepingan ini dicantum ke bahagian pokok penanti yang dipotong.

Cantuman Tunas Baji Sisi

Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng, potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B.  Kedua-dua potongan bertemu di bawah mata tunas.  Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper untuk mendedahkan kambium.  Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti yang telah siap dituris.  Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm. dari paras tanah

Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi.  Anak benih perlu disiram 1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan.  Baja foliar boleh digunakan sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur.  Selepas 2-3 bulan pokok cantuman boleh dipindah ke ladang.

2.  KAEDAH TUT DAN KAEDAH CANTUMAN BAJI CIKU 

Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah.  Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi.  Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.
Tut/markot
·          Kaedah mengakar dahan pada pokok induk
·          Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll.
·          Kelebihan tut :              - bahan genetik sama dengan induk
·          Kelemahan tut :           - bilangan bahan tanaman terhad
- tidak sesuai dijalankan pada dahan tua
- pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker  
  batang
- tiada akar tunjang

Cara Membuat Tut

Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan.  Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk.  Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu.  Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini.  Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1.  Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal.  Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat.  Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan.  Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.
Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang.  Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air.  Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan.  


Kaedah Cantuman Baji
Kaedah penemuan baru dalam pembiakan ciku.






Penyediaan pokok penanti:



Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir.  Percambahan bermula 3-4 minggu.  Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organan).

Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau  15 cm tinggi.  Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok.  Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.  Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.

Penyediaan tunas pucuk:

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion.  Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih.  Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V.  Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang.  Daun-daun dikerat separuh.

Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas.  Cantuman ini diikat tali rafia yang halus.  Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan.  Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman.  Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh.  Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan. 

 CANTUMAN T



 CANTUMAN T  TERBALIK




CANTUMAN  TUNAS BAJI SISI